Tuesday, June 28, 2011

27 Jun 2011 dalam kenangan

Lijah bt Awang
(5 Julai 1945 - 27 Jun 2011)

Saya tak gagah nak tulis post, tapi saya teruskan jua. sukar nak gambarkan perasaan sekarang. kosong. sedih. rasa berdosa. saya tau saya bukan anak yang baik. walaupun diri ni tau detik ni bakal tiba, tapi saya tak pernah bersedia untuk itu. saya tak pernah rasa saya berjaya jadi anak yang baik. suke merajuk lebih-lebih. suke bebel lebih dari ma. semua tau saya ni garang, dan saya pernah wat muka garang tu dpn ma. rasa berdosa sangat! saya tak pasti samada ma dah maafkan saya. perkataan maaf tu lebih banyak diucapkan oleh ma berbanding saya. saya mengaku. T___T

ma seorang yang baik hati, semua cakap camtu. arwah seorang yang pemalu, suka pendam masalah sorang2, tak suka dengar org berborak benda yang sia-sia. ma meninggal 5.27ptg semalam disebabkan penyakit asma(lelah) yang dah lama dihidapinya. dari saya form4 sehingga skrg. saya taktau bagaimana ma boleh sekuat itu, tahan lelah, batuk tiap2 hari. saya yang baru batuk seminggu dah rasa tak tahan. agak terkilan sbb tak sempat bersama ma sblm beliau menghembuskan nafas terakhir. masa nak datang nilai aritu, rasa agak berat hati. tp sbb nak cepat siapkan thesis, saya paksa diri datang jugak. kalau siap awal, boleh duk umah lama sikit. tapi Allah dah sediakan rancangan yang lain untuk ma.

yang sebenarnya, ma nak sangat tunaikan haji tahun ni. dia dah prepare macam2 nak gi mekah. passport dah settle, kursus haji selalu pergi. cuma tinggal checkup yg bakal dibuat nextweek. insyaAllah, kalau diizinkan saya nak wakilkan haji untuk ma.

semoga roh ma ditempatkan bersama-sama para solihin dan sentiasa dicucuri rahmat. kalau boleh nak mintak jasa baik sahabat-sahabat sedekahkan sekalung alfatihah dan yasin utk ma. semoga roh ma sentiasa tenang dan dipermudahkan segala urusan.

cita-cita yang tak tercapai:
  1. nak tengok ma naik haji, kalau boleh saya nak mengerjakan haji bersama ma.
  2. nak bagi ma tengok saya berjaya menggenggam segulung ijazah dan hadir semasa graduation day nanti.
  3. nak bagi ma rasa gaji pertama saya.
  4. nak bagi ma tgk saya berjaya dalam hidup.
  5. nak bagi ma tgk siapa bakal suami saya dan bakal anak-anak saya.
  6. saya ada infiniti plan nak buat ngan ma... T____T
kata seorang rakan, kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup, teruskan perjuangan. jangan lemah semangat. Allah berkuasa menghidupkan sesuatu, dan Allah berhak menarik balik apa yang dipinjamkan.

p/s: saya dan stabil dr segi mental dan emosi. alhamdulillah. tp skrg saya tgh batuk, dan agak teruk dari pg td. doakan kesihatan saya jugak.

p/ss: terima kasih sahabat-sahabat yang mendoakan dan yang datang melawat. jasa kalian sangat kami sekeluarga hargai. walaupun saya dah kehilangan kedua-dua ma dan ayah, tapi saya bersyukur sbb masih ada ahli keluarga dan sahabat-sahabat di sisi. terima kasih kerana tambahkan kekuatan pada diri saya. :')

12 comments:

atiqasyahira said...

awk kuat! kt tau. sbb awak totally bukan cam kt yg nanges 24 jam! kt tau ujian ni tough, tp awk lg tough.

jgn lupa, kt ada Allah. once rasa cam tak mampu, ngadu je kat Allah. ngadu kat kite. oke2 kt janji dah tak buli awak dah pasni. kt belanja awak cucuk2 kat pkp nk? huhu.

pape pon, awk anak yg baik sbb awk slalu jd kwn yg baik utk kt, slalu ada tyme org susah. jaga diri okay. tenang2 dulu, makan, makan ubat batok, tidur. kalo rasa sedih, ngaji2. buli kt pon takpe, kt rela! hehe.

okay2? lama la plak xnmpk. rindu gle kat awak! blushing ;*)

mijAhjAmie said...

salam~takziah ye n be strong :)

Di@n@ said...

mazida, kuatkan smgt!insyaAllah mu dpt hadapi sume nie..kalo de pe2 mslh ak sedia dgr tau

uMMUhabibahMohdH!Lm! said...

mazida.. memang ckp lg senag dr buat kan.. tp kite mampu ckp je.. betul org ckp. hargai die sblm kite kehilangan die. tp kite taw awk memang ank yg baik. arwah tau awk akn sentiase doakan die nanti. Kite taw awk kuat... InsyaAllah.

T__T

cik mar said...

mazida klo bleh pindahkan ape yg kamu tgung skrg aku sanggup tanggung sama-sama dengan kamu.

kalau boleh seme kite nk tggung sama-sama.kan kan.kte kan sehati dan sejiwa. ^_^

Allah tau kamu boleh hadapi ini dengan baik sekali.Allah x kan bagi seseuatu dugaan itu kalau kita x mampu hadapinya....

moga2 kamu memperoleh ketenangan jiwa dan peroleh rahmat x henti2 dari yang Maha Esa.amin....

sahabatmu ^_^

daMsYuki said...

kak..

we're always with u! =)

mesti arwah ma pun harap awk x putus asa dan teruskan perjuangan nie! :)

al-fatihah

and take care of urself~

mazida said...

atiqasyahira:
terima kasih awk! kite igt pesan2 awk. nnti kalau kite xde keje, kite buli awk. nk awk blnja kite tiap2 hari. hehe. [sape suh offer lg. haha.]
kite pon rindu awk! huu~

mazida said...

mijahmie: wslm. insyaAllah~ terime kasih.

mazida said...

diana: thanks dian! insyaAllah ak cari mu. hehe

mazida said...

kak beba: thanks! betol tu. hargai la org tua kite slagi ada peluang.

mazida said...

maria: terima kasih maria. terima kasih sgt2. amin atas doa2 mu tu. aku tau mu kwn yg baik. nnti aku pindah ckit beban kat mu.kat bahu kanan, bahu kiri mu tak tertanggung kekgi. alhamdulillah ak ok doh leni. :D

mazida said...

hannan: thanks! insyaAllah. terime kasih for always being there for me.